Saturday, November 17, 2012

Jawapan Terbaik Hanya Untuk Soya Terbaik Dunia

Dugaan semasa mempromosikan ESP ni sangat hebat. Saya sering diduga dengan pelbagai soalan yang menguji diri. Tidak kurang juga yang memperlekehkan Soya yang sudah terbukti berkualiti dan amat bernilai.



Antara soalan-soalan "POWER" yang menusuk kalbu ini:-

1. Dekat luar sana banyak je produk soya, lagi murah. Kenapa soya ni mahal sangat? Bagus sangat ke?

Jawapannya : Ha, memang bagus setanding dengan harganya sama seperti kita beli h/phone Nokia made in China, confirm murah tapi tengok pulak tang kualitinya. Sekali sekala bila masuk Tesco cer survey harga sayur organic dengan sayur yang ditanam biasa... Lihat perbezaannya... 


  • Sama seperti soya ESP ni, soya ini ditanam secara organic. Untuk apa? Untuk mengekalkan Nutrisi yang terkandung dalam soya ini. Pengeluar tidak menggunakan sebarang racun tanaman. Kerana apa? kerana racun tanaman dikhuatiri meningkatkan risiko kanser kepada pengguna. Selamat kan?

  • Soya bean Shaklee juga diproses tanpa mengubah genetic soya tersebut atau lebih dikenali dengan "NON GMO = Non Genetically Modified Organism). Soya yang dari jenis genetic adalah murah untuk dihasilkan dan kebanyakan pengeluar mencari untung lebih dengan menggunakan cara ini. Apakah kesannya? Kesan dari sistem genetic ini akan membina toksin dalam tumbuhan tanpa disedari.

  • Soya ini diproses dengan suhu yang rendah. Kenapa? Jika proses soya dengan menggunakan suhu yang tinggi (panas), suhu panas tersebut akan memusnahkan asid amino di dalam soya. Disebabkan itu Shaklee memastikan suhu rendah digunakan bagi mengekalkan 9 asid amino baik yang diperlukan tubuh.

  • Soya ESp ni dicuci dengan air untuk mengekalkan Isoflavones Genistein dan daidzein yang sangat baik untuk tubuh badan kita. Tahukah Anda sesetengah soya dicuci dengan alkohol? Satunya dah tentunya haram dan keduanya.. dengan penggunaan alkohol, isoflavon untuk menghalang pertumbuhan kanser akan hilang. Rugi dah disitu.

  • ESP Shaklee ini satu-satunya produk dalam pasaran yang memberikan 9 asid amino penting yang tidak dapat dihasilkan oleh tubuh badan. Badan kita memerlukan semua asid amino ini untuk menghasilkan hormon, jus penghadaman, antibodi, enzim. Jika salah satu daripada asid amino ini hilang, sistem imun badan kita akan menurun.

2. Ada ura-ura mengatakan soya boleh merapuhkan tulang. Benarkah? Takuttttt

  • Benar saya katakan. Kerana fungsi soya yang sangat berasid. Sebab itu tulang boleh jadi rapuh TAPI soya yang saya maksudkan adalah soya biasa dan sama sekali TIDAK kepada ESP soya. Mengapa saya berkata demikian ? Kerana semasa penyediaan soya ESP, Shaklee telah mengenal pasti kelemahan tersebut dan menambahbaikan ESP dengan memasukkan Unsur KALSIUM yang seCUKUPnya untuk meneutralkan kembali serbuk soya tadi dan perkara ini TIDAK berlaku pada pengeluar lain.

Sedikit info yang bermanfaat buat penggemar soya. Tambahkan ilmu anda dengan membaca artikel ini :

Selamat membaca...





0 comments:

Post a Comment