Thursday, February 7, 2013

Anak sihat Keluarga Bahgia

Mengimbas zaman kanak-kanak kita, 20 tahun yang lalu, agak-agaknya dimana kita berada pada waktu 5.oo petang? Adakah sedang bermain "teng-teng" atau baling selipar atau sungkit ayam atau galah panjang???  kali petang menjelma, semua berlari ke padang, apabila menjelang maghrib, lari lagi pulang ke rumah. Begitulah gambaran 20 tahun yang lalu. Kita sentiasa cergas, cerdas dan aktif. Hari-hari berpeluh-peluh. Bila cergas otak pun cerdas. 

Kita lihat pula fenomena sekarang, buka sahaja mata diawal pagi, terus on laptop ke Ipad ke, apa yang dihadapkan adalah "GAMES" penyakit masa kini. Duduk dari pagi sampailah malam. Berhenti untuk makan sahaja. Rosak...rosak.... Organ dalaman pun tidak bergerak. Apatah lagi peluh confirm tidak keluar. La ni, nak dapatkan makanan pun senang, dail sahaja Mc d, Pizza, Domino ====> 40 minit sampai depan pintu rumah. Ada juga ibu bapa buat stok burger, nugget, hot dog di rumah sampai tidak muat peti sejuk. Aduhai ibu...aduhai bapa....... busy macam mana skalipun jangan ambil mudah dengan santapan anak-anak.


Saya sebagai ibu, mahukan yang terbaik buat anak. Tahukah kita, semasa proses pembelajaran anak di sekolah, otak anak hanya mampu membekalkan 10-15 minit tenaga sahaja untuk mengadap pelajaran. Apabila tenaga tidak cukup untuk otak, tumpuan/fokus anak pada pelajaran akan terganggu. Tapi kita mahukan anak yang pintar, anak yang serba boleh. Nutrisi lengkap untuk anak adalah penting dalam proses perkembangan, pembangunan anak.

Pemakanan anak-anak perlu diberi perhatian agar dapat mengelakkan sakit seperti diabetes, darah tinggi, jantung di awal usia muda. Jika sudah diserang penyakit, akan mengakibatkan sukar bernafas, imun sistem berkurangan, fokus pada pelajaran turut terjejas. Bagaimana hendak melahirkan generasi muda yang sihat dan 'talented' jika semuanya diserang sakit diusia muda.

Sedarlah bahawa nutrisi lengkap dan gaya hidup sihat sejak zaman kanak-kanak adalah kunci kepada kehidupan yang sihat. Jika kita mahu anak yang sihat ========>>> TAKE ACTION NOW

0 comments:

Post a Comment