Tuesday, November 13, 2012

Kenali 10 Petanda Awal Kanser



Setiap manusia mendambakan nikmat hidup sihat dan bahgia. Namun dewasa ini, boleh dikatakan setiap orang akan terkait dengan Penyakit KANSER sama ada dihidapi sendiri, ahli keluarga mahupun teman kenalan. Kata PAKAR " kanser boleh diubati jika dapat dikesan awal"


Simptom Awal Kanser

@ Perubahan ketika membuang air
-------------------------------------------
Cirit birit / sembelit yg berterusan. Perubahan warna, kekerapan atau saiz najis. Kewujudan darah dalam air kencing/ pedih semasa membuang air kencing.

@ Bonjol yang tidak hilang / makin membesar
------------------------------------------------------
Kebanyakan kanser boleh dirasai melalui kulit. Biasanya merebak melalui payudara, kalenjar limfa dan tisu lembut dalam badan.

@ Makanan Tidak Hadam atau Sukar untuk Menelan Makanan
------------------------------------------------------------------------
Ketidakhadaman atau masalah untuk menelan makanan mungkin simpton kanser dalam perut atau esofagus.

@ Batuk Berterusan atau Suara Bertukar Garau
-------------------------------------------------------
Batuk yang berlanjutan serta tidak hilang selepas 2 minggu bagi yang tidak merokok atau batuk semakin teruk selepas 2 minggu untuk perokok adalah tanda awal kanser larynx, tiroid atau esofagus.

@Pendarahan Luar Biasa / Cecair daripada Pembukaan Dalam Badan
------------------------------------------------------------------------
Pendarahan luar biasa atau pengeluaran cecair dari faraj mungkin tanda awal kanser serviks atau rahim. Pendarahan dari puting payudara pula mungkin tanda awal kanser payudara. Pengeluaran darah dalam najis mungkin disebabkan kanser kolon. Darah dari sputum pula mungkin tanda awal pada kanser paru-paru.

@ Luka yang Tidak Sembuh
----------------------------------
Luka yang tidak sembuh mungkin tanda awal kanser kulit terutamanya jika ada pendarahan, ulser atau perubahan warna. Luka dalam mulut kerap terjadi adalah mungkin tanda awal kanser dalam mulut.

@ Perubahan di Tahi Lalat
-------------------------------
Tahi lalat atau ketuat yang berubah warna atau saiz tidak patut dipandang ringan kerana ia mungkin tanda kanser yang lebih dikenali sebagai melanoma.

@ Pendarahan Luar Biasa di Bahagian Hidung atau Bunyi Degungan dalam Telinga
----------------------------------------------------------------------------
Pendarahan hidung secara luar biasa mungkin simpton kanser nasopharygeal atau kanser teling, hidung dan tekak.

@ Berat Badan Menurun Secara Tiba-tiba
---------------------------------------------------
Penurunan berat badan secara tiba-tiba lebih dari 10% berat badan asal juga merupakan tanda awal bagi sesetengah kanser. Penurunan berat badan biasanya disebabkan oleh hilang selera makan, ketidakupayaan untuk mengekalkan nutrisi dan sebahagian daripada sindrom kanser cachexia.


========================================

Amaran : Jika berlaku salah satu dari 10 petanda di atas, segeralah berjumpa dengan doktor. Diingatkan tanda-tanda ini tidak semestinya bermaksud anda telah mendapat kanser tetapi ia tidak boleh dibiarkan. Mengenal pasti dari awal boleh meningkatkan potensi rawatan dan pemulihan pesakit kerana kebanyakan kanser boleh dirawat dengan pengesanan awal.

(sumber: Majalah Nona)

0 comments:

Post a Comment