Monday, June 2, 2014

Sakit Lutut Sinonim Dengan Wanita

Pernahkah anda rasa sakit ketika menaiki tangga atau turun tangga, atau berjalan kaki mendaki bukit atau terlalu banyak berjalan???

Rasa seperti dicucuk dibahagian lutut.

Lutut kita adalah tempat dimana letaknya sendi.  Sendi ini dilindungi oleh kusyen yang berfungsi menyerap hentakan ketika kita melakukan aktiviti dengan menggunakan kaki seperti melompat, berlari.

Di antara sendi pula terdapat satu cecair yang dikenali sebagai cecair sinovial. Cecair ini sangat penting bagi melicinkan pergerakan sendi. Ibarat kereta dengan minyak hitam.

Cecair ini boleh berkurangan dan kesan kepada kekurangan cecair menyebabkan kusyen yang melindungi sendi menjadi haus dan nipis. Apabila tipis, ia menyebabkan sendi bertemu ketika kita berjalan dan ini menyebabkan lutut kita sakit.

Pelbagai rawatan yang boleh dilakukan antaranya melalui suntikan menambahkan cecair yang hilang.

Para doktor juga berpendapat dengan mengambil Glukosamine dapat membantu menjaga kesihatan lutut kita.
Glukosamine ini boleh didapati di farmasi dan Shaklee juga telah mempunyai produk Glukosamine yang dikenali sebagai Advance Joint Health Tablet(AJHT).  AJHT mempunyai ujian klinikal dan keputusan ujian yang sangat memberangsangkan. 

Untuk info lanjut;

Ana ~ 0126054421


Posted via Blogaway

Tuesday, May 20, 2014

Bowling Fun ^ S2U Families

Pada 17 Mei 2014, kami warga s2u families berkumpul di MIBC (Melaka International Bowling Centre) untuk satu pertandingan bowling yang dianjurkan oleh Master Iffah dan Master Firdhaus.

Seawal 9.30 pagi semua sudah berkumpul. Seramai 32 pasangan berdaftar dan berentap hari ini. Mak ayah berentap, anak-anak belajar mewarna.

S2U program adalah program keluarga, program bersama anak-anak.

4 jam berlangsung, macam-macam gaya ada. Gelak ^ Tawa ^ Menjerit strike ^ Menjerit Longkang pun ada...
fuhhh memang riuh rendah dibuatnya... Yang Penting Happy :)

Hadiah besar untuk Juara RM500.00, Naib Juara RM300.00 dan ke3 RM100.00. Top5 lelaki dan wanita pun dah lumayan....  Tahniah pada yang menang. Yang slim2 menang... Hebat.

Dah selesai berbowling, kita makan di Restoran Arab bawah Mibc... terpaksa restoran tu tutup untuk orang luar sementara kami yang ramai ni nak makan. Makan pun meriah.

Selesai makan, semua berkumpul di Masjid MITC untuk bersolat Zuhur sebelum ke destinasi seterusnya Ansal Ternak Agrofarm.


Posted via Blogaway

Saturday, April 26, 2014

Penguatkuasaan Harga Runcit Kepada Bukan Ahli

Ramai yang terkejut dengan perubahan harga Shaklee. Sebelum ini beli Esp 121.00 tapi la ni RM150.00 belum masuk postage lagi.

Sebenarnya Tiada Perubahan Harga, cuma Shaklee telah menguatkuasakan Peraturan bahawa Harga Ahli akan diberikan pada Ahli dan pada mereka yang bukan ahli wajib diberikan harga runcit. Jika dikesan melanggar peraturan ini, keahlian pengedar akan terbatal.

Mengapa Shaklee menguatkuasakan peraturan ini?
Mewujudkan persaingan sihat antara pengedar
☆memberikan perbezaan antara ahli dan bukan ahli.

Konsepnya memberikan keistimewaan pada ahli shaklee. Sama juga jika hendak dibandingkan dengan keahlian jusco, sogo , mydin, mesra, bonuslink dan lain-lain kad.

Contoh, jika jusco members day, dekat pintu masuk akan ada staff yang akan memeriksa pelanggan yang masuk wajib beserta kad jusco dan jika tiada kad, mereka dihalang masuk atau boleh mendaftarkan diri terlebih dahulu. Perkara yang sama pada Shaklee, jika anda bukan ahli, anda tidaklah boleh menerima keistimewaan mereka yang bergelar ahli. Adilkan?

Jika anda adalah pengguna shaklee dan anda memang makan shaklee tiap bulan, adalah lebih menjimatkan jika anda menjadi ahli. Ini kerana jika anda perbezaan harga ahli dengan bukan ahli adalah dari 15 ke 30 %.
Contoh:
Vivix Runcit RM475.00 ~~~ Ahli RM380
Perbezaan RM95.00 ( jadi ahli baru RM65.00)

Jika anda pengguna yang bijak, pastikan anda menjadi ahli terlebih dahulu dan nikmati keistimewaan ahli.

Untuk maklumat lanjut untuk menjadi ahli dan lain-lain keistimewaan lagi, anda boleh hubungi saya di talian berikut:

0126054421
ana iena
id: 858233
Pengedar Sah Shaklee


Posted via Blogaway

Tuesday, April 15, 2014

Lenguh-lenguh, Sakit Belakang, Sakit Pinggang, Kejang, Kebas Menandakan Anda Kurang Kalsium

Apa itu kalsium ?

Calcium is a chemical element which is essential for living organisms, including humans. Calcium's chemical symbol is "Ca". It is found in many foods. We need to consume a certain amount of calcium to build and maintain strong bones and healthy communication between the brain and various parts of the body.

sumber : http://www.medicalnewstoday.com/articles/248958.php




"kalsium TIDAK terhasil secara semulajadi di dalam badan. Jadi ambil susu or suplement untuk kuatkan tulang dan gigi anda, sebelum ia hilang sebelum waktunye" by Master Iffah


Kesan Daripada Kekurangan Kalsium

1. Osteoporosis

- Osteoporosis adalah kepadatan tulang kian merosot dan akan menyebabkan tulang mudah menjadi rapuh dari dalam. 

Daripada MyMetro:

Osteoporosis adalah penyakit yang kronik serta melemah dan mengakibatkan tulang menjadi poros dan kurang padat, seterusnya mudah patah. Ia membuatkan struktur tulang menjadi rapuh dan meningkatkan risiko patah tulang belakang, pergelangan tangan, pinggul, pelvik dan lengan.

Utusan Online < Osteoporosis: Wanita Malaysia antara berisiko tinggi >


"Wanita Malaysia adalah antara tiga dari negara Asia yang paling berisiko menghidap osteoporosis pada awal usia 30-an, kata satu kajian syarikat nutrisi hasil susu dari New Zealand, Fonterra."

Melalui kajian Anlene :
Anlene menemui fakta yang mengejutkan tentang lelaki Malaysia. Kira-kira 40 peratus lelaki berumur lebih 30 tahun juga berisiko antara sederhana hingga tinggi untuk mengalami kesihatan tulang yang lemah, menjadikan kesedaran dalam kalangan rakyat Malaysia terhadap tulang sihat lebih penting lagi. (sumber:http://midi.karangkraf.com/kesihatan/lawan-osteoporosis-dengan-pencegahan-awal-1.122878 )

Osteoporosis tidak boleh dipandang ringan berikutan kadar kes2. Osteoporosis di Malaysia menunjukkan peningkatan. 


2. Ketegangan Otot / Kejang / Kebas

Ketegangan Otot boleh dikaitkan dengan kekurangan kalsium dalam badan. Kekurangan kalsium menyebabkan otot tidak stabil dan cepat berlaku kekejangan.Fungsi kalsium memastikan otot dapat meregang dan mengecut. Kejadian kekejangan otot ini mudah dijumpai pada wanita sedang hamil.
**Wanita hamil disarankan mengambil zat kalsium yang mencukupi bagi mengawal situasi ini. 


Sumber Kalsium

Dimanakah kita boleh dapatkan sumber kalsium daripada sayur-sayuran?

Antaranya:
1. Bronkoli
2. Almond
3. Avacado
4. Kacang hijau
5. Bayam

dan banyak lagi.














Kebiasaannya, apabila kita sebut kalsium, maka akan terbayang di dalam fikiran kita adalah susu, keju, yogurt. Semuda bayi sehinggalah sesudah tua, pengambilan kalsium berasaskan susuini berterusan.

Bayi minum susu
Kanak-kanak minum susu
Sekolah membekalkan susu
Wanita mengandung mengambil susu
Ibu menyusu anak mengambil susu

Susu merupakan sumber kalsium yang menjadi kegemaran ramai orang. Tuang dan minum.

Tahukah anda bahawa sebiji pil OSTEMATRIX = 1 gelas susu tinggi kalsium = 80 biji badam.



Keperluan Pengambilan Kalsium Dalam Sehari

Setiap kategori adalah berbeza-beza. Kanak-kanak, orang lelaki dewasa, perempuan dewasa, ibu mengandung, ibu menyusu dan warga tua.

Berikut jadual cadangan pengambilan kalsium dalam sehari.

Bagaimana anda? Adakah cukup kalsium yang anda ambil?




Kalsium Shaklee : Ostematrix

Ostematrix adalah produk yang mengandungi kalsium, magnesium, fosforus dan vitamin D, zink, kuprum, manganes dan boron bagi membantu penyerapan nutrisi yang optimum. 





Manfaat Utama Ostematrix:

Menguatkan Tulang
Memperbaiki kekejangan dan kebas-kebas
Meringankan stress
Meringakan sakit ketika haid 





ana iena
0126054421
id: 858233
Pengedar Sah Shaklee Malaysia







Friday, March 14, 2014

Masalah Rambut Gugur

Rambut gugur amat sinonim dengan wanita. Apabila disikat, berguguran di lantai. Melekat-lekat pada penyapu. Bertambah stress melihat rambut dilantai dan disikat.

Antara faktor yang boleh menyebabkan rambut keguguran:

1. Penggunaan bahan kimia ke atas rambut kita contohnya pewarna rambut.

2. Perubahan hormon terutamanya bagi ibu-ibu selepas bersalin. Paling ketara ketika bayi anda berumur 5 bulan. Di saat itu kata org tua, anda akan melihat bayi anda sudah pandai menyembur.

3. Tekanan / stress
Tekanan dan stress berhubung kait dengan hormon. Hormon yang tidak stabil boleh menyebabkan rambut gigur.

4. Kekurangan nutrisi.
Kita kena jelas bahawa pembinaan rambut, badan perlukan protein. Jika protein tidak mencukupi, pembinaan semula rambut akan terganggu. Rambut yang dibina perlu diikat dengan kuat agar ia tidak gugur. Ikatan rambut pada kulit kepala memerlukan vitamin zink. Jika mendapat protein sahaja tidak lengkap tanpa vitamin zink.

Cadangan vitamin bagi kesihatan rambut.

♡ ESP - protin soya bertujuan membina pertumbuhan rambut yang sihat.
♡ zink - membantu memegang rambut dengan kulit kepala dengan kuat.
♡ b complexs - mengawal emosi dan tekanan stress kita.

Rambut yang sihat, lebat menjadi idaman ramai wanita. Mahukah anda botak sebelum tua...

Sebarang pertanyaan hubungi :

ana | 0126054421
sid : 858233

Perunding Nutrisi Anda


Posted via Blogaway

Tuesday, March 11, 2014

Tax Planning Event by Shaklee2u

Pada 8 Mac 2014, bertempat di bilik Puteri 1, Palm Garden Hotel, Putrajaya. Satu event berkenaan percukaian telah diadakan bagi membincangkan perancangan percukaian kepada pengedar shaklee dibawah payung shaklee2u.

Speaker ialah En Ismawadee bin Ismail, akauntan bertauliah,  berpengalaman selama 18 tahun dalam bidang pengauditan juga member of mia dan cpa australia.

Apa yang kami pelajari, bagaimana kita mahu merancang cukai yang bakal dikenakan. Apa yang ditekankan oleh pihak LHDN dan apa yang perlu kita beri perhatian. 

Kami juga didedahkan penubuhan syarikat sama ada ingin menubuhkan syarikat enterprise atau syarikat sdn. bhd. Apa perbezaan antara syarikat enterprise dan sdn bhd.

Daripada segi perakaunan, bagaimana dokumen perlu disimpan. Dokumen apa yang perlu disimpan. Adalah lebih baik jika mempunyai aplikasi perkaunan sendiri. Setiap transaksi boleh dilihat didalam sistem.

Pn Suri, Tax Manager AFTAAS , mendedahkan ilmu GST pada kami. Menerangkan serba sedikit syarat GST, benefit daripada GST dan bagaimana untuk dilaksanakan.

Kelas berakhir pada jam 5 petang, dengan sessi bergambar.

Tahniah buat semua yang hadir.

Posted via Blogaway


Posted via Blogaway

Tuesday, January 21, 2014

Coq 10 dan jantung : ibarat kereta dan petrol

X
Pembunuh no satu di kalangan rakyat Malaysia dikenali sebagai penyakit kardiovaskular atau ringkasnya sakit jantung.
Nasihat daripada pakar kesihatan agar mengamalkan gaya hidup sihat seperti diet seimbang, senaman konsisten, tidak merokok dan mengambil suplemen yang berkualiti.
Shaklee telah mengeluarkan produk khas untuk membantu meningkatkan Coenzyme Q10 (Coq10) untuk kesihatan jantung kita.

Apa itu Koenzim Q10?
Coq10 adalah zat makanan larut lemak yang hadir secara semulajadi dan berada di setiap sel tubuh kita.

Mengapa Coq10 ini penting untuk tubuh kita?
Coq10 penting dalam menghasilkan tenaga daripada nutrien yang diperolehi daripada pembakaran gula dan lemak dalam makanan kita. Tenaga ini penting bagi membolehkan jantung kita dan organ-organ lain berfungsi dengan baik.

♡Coq10 membantu mengukuhkan otot-otot jantung
♡Coq10 memperbaiki peredaran darah ke seluruh tubuh.
♡Coq10 menyokong keupayaan mengepam darah
♡Coq10 juga antioksidan kuat melindungi arteri menangani masalah LDL

TAHUKAH KITA BAHAWA KEUPAYAAN TUBUH MENGHASILKAN COQ10 SEMAKIN MENURUN DENGAN PENINGKATAN USIA▪▪▪


Selain itu, diet yang tidak seimbang, radikal bebas, penggunaan sesetengah ubat-ubatan boleh mengurangkan Coq10 di dalam tubuh.
Bagi meningkatkan semula 10 mg Coq10 di dalam tubuh kita adalah dengan cara pengambilan suplemen ataupun
dengan pengambilan 10 cawan bronkoli rebus dipotong dadu@50 cawan strawberi@50biji telur rebus saiz sederhana.


#sayangijantunganda#

Thursday, January 16, 2014

Eksperimen: VITALEA ☆ CONFIRM LARUT ☆

Vitalea@multivitamin shaklee diuji kelarutannya. 

Eksperimen ini bertujuan menjawab beberapa perkara yang membawa kebimbangan pengguna vitalea :

1. Adakah vitamin ini sintetik? Sebab kebanyakan produk multivitamin di pasaran adalah vitamin sintetik.

2. Berapa lama masa yang diambil untuk menguraikan pil tersebut? Ini membayang bagaimana vitamin ini bila berada dalam perut kita.

Bagi menjalankan eksperimen ini, saya menggunakan sedikit cuka dan sebiji pil vitalea.

Pemerhatian :
Pada 3 minit, pil menunjukkan tanda-tanda permulaan mengurai.
Pada 7 minit, pil telah terurai sepenuhnya.

Apa yang boleh saya rumuskan daripada eksperimen ini, pil ini mudah larut, dan terurai dengan cepat sebagaimana juga jika ia berada di dalam perut kita. Ia bukanlah pil sintetik dan ini bermaksud selamat untuk diambil.

Info :
0126054421
@na
id:858233