Tuesday, March 11, 2014

Tax Planning Event by Shaklee2u

Pada 8 Mac 2014, bertempat di bilik Puteri 1, Palm Garden Hotel, Putrajaya. Satu event berkenaan percukaian telah diadakan bagi membincangkan perancangan percukaian kepada pengedar shaklee dibawah payung shaklee2u.

Speaker ialah En Ismawadee bin Ismail, akauntan bertauliah,  berpengalaman selama 18 tahun dalam bidang pengauditan juga member of mia dan cpa australia.

Apa yang kami pelajari, bagaimana kita mahu merancang cukai yang bakal dikenakan. Apa yang ditekankan oleh pihak LHDN dan apa yang perlu kita beri perhatian. 

Kami juga didedahkan penubuhan syarikat sama ada ingin menubuhkan syarikat enterprise atau syarikat sdn. bhd. Apa perbezaan antara syarikat enterprise dan sdn bhd.

Daripada segi perakaunan, bagaimana dokumen perlu disimpan. Dokumen apa yang perlu disimpan. Adalah lebih baik jika mempunyai aplikasi perkaunan sendiri. Setiap transaksi boleh dilihat didalam sistem.

Pn Suri, Tax Manager AFTAAS , mendedahkan ilmu GST pada kami. Menerangkan serba sedikit syarat GST, benefit daripada GST dan bagaimana untuk dilaksanakan.

Kelas berakhir pada jam 5 petang, dengan sessi bergambar.

Tahniah buat semua yang hadir.

Posted via Blogaway


Posted via Blogaway

0 comments:

Post a Comment