Sunday, October 7, 2012

I Love Susu Ibu


Firman Allah swt dari Surah Albaqarah (ayat 233) :"Para ibu hendaklah menyusukan anak-anaknya selama 2 tahun penuh iaitu bagi yang ingin menyempurnakan penyusuan".. 

Ayat Al-Quran ini telah menunjukkan betapa pentingnya penyusuan susu ibu. Susu ibu bukan ciptaan manusia dan tidak boleh diciplak. Subhanallah.. Maha Agong Allah Yang Maha Mengetahui apa yang terbaik dilangit dan dibumi.

Dan telah dikurniakan pada se
tiap bayi yang baru lahir naluri untuk menyusu daripada payudara ibunya. Penyusuan susu ibu mampu melengkapi segala keperluan rohani dan jasmani yang diperlukan oleh seorang bayi. Sentuhan kulit ibu dan anak mampu mencetuskan keajaiban.

Jika kita lihat sejarah: Para nabi dan rasul juga disusui ibu-ibu mereka sama ada ibu kandung mahupun ibu susuan. Betapa besarnya peranan penyusuan susu ibu didalam kehidupan manusia.

Kita tidak mahu peranan penyusuan susu ibu ini diganti dengan susu formula.... Kenali susu ibu dan khasiatnya yang tidak boleh ditandingi susu formula. Banyak kandungan yang ada dalam susu ibu tiada dalam susu lembu.

Perbezaan antara susu ibu dan susu formula






Khasiat susu ibu : 


  • Susu awal ibu (kolostrum) tidak boleh didapati dari susu formula. Kolostrum adalah susu ibu yang keluar dalam 3 hari pertama. Kolostrum adalah cecair ajaib yang agak pekat mempunyai khasiat yang tinggi khas untuk bayi yang baru dilahirkan. Mampu melawan penyakit seperti cirit-birit, selsema dan radang paru-paru.
  • Susu ibu mudah hadam. Kandungan protin "protein adiponectin" iaitu sejenis protin yang amat baik untuk metabolisma bayi. Bayi tidak berisiko obesiti.
  • Susu ibu mengandungi antibodi yang tinggi untuk melindungi bayi daripada serangan bakteria dan virus. 
  • Susu ibu mampu mengelakkan bayi daripada kembung perut.
  • Susu ibu meningkatkan kecerdasan otak bayi kerana kandungan DHA dalam susu ibu adalah tinggi.
  • Susu ibu dapat mengelak daripada sembelit mahupun cirit birit.
Ketahuilah komposisi susu ibu sentiasa berubah-ubah mengikut keperluan pembesaran bayi dan keadaan semasa (waktu sejuk dan waktu panas) dan susu ibu tidak pernah basi.



Kesan penyusuan pada diri si ibu.
  • Tahukan anda, setiap kali bayi menyusu, rahim si ibu akan mengecut. Ini membantu proses si ibu mendapatkan bentuk badan yang normal dan hendaklah dibantu dengan senaman.
  • Ibu yang menyusukan bayi, dapat terhindar daripada kanser payu dara. 
  • Stress si ibu boleh hilang apabila menyusu bayi dan terutamanya pada ibu-ibu yang berkerjaya. Apabila melihat wajah anak perasaan letih akan hilang dengan sendirinya.
  • Hubungan antara ibu dan anak terjalin dengan begitu erat. Bersentuhan kulit ketika menyusu seperti ada satu kuasa magnet yang dapat memberikan kebahagiaan pada ana si ibu dan proses sentuhan ini sangat membantu dalam proses pembesaran bayi.
  • Ibu tidak perlu bersusah untuk membuat susu kerana susu sentiasa ada bersamanya.
Selain itu, bagi mereka yang mengamalkan penyusuan susu ibu, secara tidak langsung dapat menjimatkan duit yang banyak. Apatah lagi susu formula dipasaran sekarang mencecah RM25 -RM70 sekilogram...

Oleh itu, marilah kita bersama-sama menghidupkan kembali zaman penyusuan susu ibu agar anak-anak kita  mendapat keistimewaannya.

Saya menyokong penuh penyusuan susu ibu... dan mengharap sokongan anda semua.









0 comments:

Post a Comment