Daku dapat berikan susu ibu pada anak ke2 di hari ke2 oleh kerana pada hari pertama diriku ditidurkan kesan daripada bersalin secara ceaser dan anak berada ni N
ICU. Alhamdulillah sempat juga ku berikan kolestrum yang amat berharga pada anak ku Danish.
Semasa dalam pantang, adakah perasaan ku sahaja atau ia benar-benar apabila ku rasa susuku berkurang. Sehabis ikhtiar untuk menambahkan susu badan. Antara yang kulakukan berurut, minum air longan berjug-jug, makan kurma, habatus sauda dan suplemen tidak pernah ku lupakan.Mungkin badan ku penat yang menyebabkan susu kurang. Bila pam sahaja dapat 2 oz, lagi stress kan.. Memang stress. Lagi susu jadi kurang.
Memang jeles dengan mereka yang banyak susu. Susu yang memancut sahaja. Memang jeles. Tapi daku tidak berputus asa. Di kala itu adalah bulan ramadhan, dan doa di bulan ramadhan itu lebih berkat. Daku tidak putus-putus berdoa "Ya Matin" setiap kali ku buai anak ku. Berdoalah seiiring dengan hati kita. Minta padaNYA. Alhamdulilah sehingga hari ini iaitu setelah 2 bulan 2 minggu, daku dapat memberikan sepenuhnya susu badan pada anakku Danish.

Itulah Rahsia Allah Yang Maha Pencipta.
Tiada susu yang dapat menandingi SUSU IBU.
Syukur Alhamdulillah.
0 comments:
Post a Comment