Saturday, September 22, 2012

Suplemen Satu Keperluan Masa Kini

Alaf ini 2012, Malaysia adalah sebuah negara yang sedang membangun dengan pesat terutamanya di kawasan bandar-bandar besar seperti Kuala Lumpur. KLCC dan KL Tower lambang mercu tanda negara yang gah di antarabangsa. Banyak lagi projek-projek perumahan, projek penambahan LRT dan pembangunan yang sedang dibangunkan.Tapi.........

Dalam minggu sahaja ini jerebu menyerang Malaysia terutamanya di kawasan Kuala Selangor, Klang  dan beberapa tempat lain. Habuk dan debu daripada projek-projek yang sedang dijalankan dan pencemaran asap kilang dan kenderaan memburukkan lagi keadaan pencemaran udara Malaysia. Belum lagi ditambah dengan pembakaran sampah secara terbuka. Klinik-klinik penuh dengan orang untuk mendapatkan rawatan.

Isu ini sudah biasa tapi bilangan perokok yang kini telah mencecah angka 2.6 juta orang dan dianggarkan penambahannya setiap hari adalah 40 - 50 orang juga boleh menyumbang kepada pencemaran udara terutama pada mereka yang hampir dengan mereka. Peningkatan yang amat membimbangkan apatah lagi rokok mendapat sambutan luar biasa daripada golongan remaja dan wanita. Kenapa merokok?

Stress atau lebih dikenali dengan tekanan perasaan adalah salah satu sebab kepada pengambilan rokok, arak atau pun pil-pil penenang. MStar melaporkan kadar bunuh diri dalam tempoh 3 tahun ini adalah seramai 1156 orang dan majoritinya berumur antara 24 hingga 44 tahun.

Jika diperhatikan sekarang, restoran-restoran makanan segera seperti KFC, Mc' Donald, A&W, Burger King dan lain-lain mendapat permintaan yang amat menggalakkan kerana ia lebih cepat, mudah dan menjimatkan masa. Adakah makanan tersebut bernutrisi?

Fakta di atas ; pencemaran udara, perokok, kadar bunuh diri dianggarkan akan berlaku peningkatan pada tahun akan datang.

Berbalik kepada tajuk di atas " VITAMIN / SUPPLEMEN - PERLU ATAU TIDAK?"

Pendapat saya ada PERLU kerana

1. Apabila persekitaran kita diliputi dengan asap dan habuk, kesihatan manusia akan terjejas. Pernafasan normal mula terganggu. Sakit seperti lelah, asma, batuk dan barah mula menyerang. Kita perlukan vitamin C bagi meningkatkan sistem imun dalam badan kita kerana kita sememangnya terdedah dengan pencemaran udara ini. Vitamin C Shaklee juga adalah satu-satunya oksidan yang berkuasa,mampu melawan sel-sel kanser dan mengusir bahan kimia berbahaya dari tubuh kita.

2. Faktor pemakanan dan minuman -
Jika kita selalu mengambil makanan segera dan makanan dalam tin dikhuatiri perasa/pengawet tambahan tersebut mempunyai bahan yang boleh mengaktifkan sel-sel kanser dalam badan. Makanan segera juga tidak mempunyai zat malahahan ada sesetengah makanan segera mengandungi karbohidrat dan garam yang tinggi dan kadar gula yang tinggi dalam minuman. Untuk memproses semua makanan yang diambil kita perlukan Vitamin dimana ada vitamin B Complex berfungsi menukar makanan lemak, karbohidrat dan protin kepada tenaga dengan membantu penghadaman

Pada peminat kafein - AWAS jika ambil berlebihan.
TAHUKAN ANDA kafein adalah bahan kimia yang merangsang sistem saraf untuk lebih peka, lebih bertenaga dan tahan mengantuk. Tapi......
Pengambilan berlebihan boleh menyebabkan kehilangan kalsium yang boleh menyebabkan Osteoporosis, meningkatkan tekanan jika tertekan, badan akan menjadi lesu dan penat kerana tidak mendapat tidur yang secukupnya. Kalsium yang hilang, kita gantikan dengan Ostematrix bagi meningkatkan ketumpatan tulang.

3. Tekanan / Stress -
Stress di tempat kerja, di rumah, di jalan raya. Stress dengan masalah peribadi, masalah kewangan dan segalanya. Bagaimana untuk atasi stress ini? Dari segi rohani , bolehlah kita luahkan pada Pencipta kita, sesungguhnya Allah S.W.T itu Maha Pengasih dan Penyayang. Sesungguhnya dugaan/ujian itu tanda sayangnya Allah S.W.T kepada hambanya. Selain itu, kepada mereka yang mengalami stress disarankan mengambil vitamin B-Complex kerana ia akan memastikan kesihatan fungsi saraf sekaligus meredakan sakit kepala, tekanan, kemurungan dan imsomnia.

4. Ibu hamil dan Ibu yang menyusukan anak -
Ibu hamil memerlukan protin untuk tumbesaran bayi dalam kandungan dan minyak ikan dapat membantu perkembangan otak janin. Pengambilan kalsium yang cukup dapat melegakan sakit belakang.
Begitu juga dengan ibu yang menyusukan anak, mereka memerlukan protin untuk memberi tenaga, kalsium untuk mengganti semula kalsium yang hilang.


Perlu INFO mengenai vitamin/supplemen yang ANDA perlukan, hubungi saya
Fazlina Anuar
SMS : 012-6054421
Email: fazzz_anuar@yahoo.com

0 comments:

Post a Comment